Wednesday, August 09, 2006

Ok, fine, I know that this is the third time I'm writing an entry. Maybe more. But I got ilham la. So can't blame me. Kali ini, aku akan menulis dalam bahasa melayu sepenuhnya demi merancakkan Bulan Bahasa walaupun ia telah lama berlalu. Jadi, Yat, jangan mengkritik aku, ok?

Yang kurik itu kundi
Yang merah itu saga
Yang cantik itu budi
Yang indah itu bahasa

Aku terjumpa sebuah frasa yang padat maknanya yang telah kujumpa sewaktu melungsuri salah sebuah blog yang telah diiktiraf oleh pihak jawatankuasa Bulan Bahasa 2006. Macam ku pernah dengar frasa ini, tetapi di mana ya?

"Dari mata turun ke hati, dari hati ke minda mencerna, dari sana, turun ditinda. Abadikan ia di dalam maya, titipan hidup, jiwa sahaya."

Agaknya aku teringat masa aku mengambil Bahasa Melayu Lanjutan sewaktu di peringkat sekolah rendah, di mana aku dan seorang sahabatku, Azril, menjadi murid-murid Cikgu Rahimah selama dua tahun. Dua orang dalam kelas BML, pathetic. Ini kes yang amat sedih tau!

Aku ingin menulis sebuah karangan yang mencerminkan tentang kehidupan orang Melayu pada zaman sekarang, akan tetapi, kesalahan dari segi isi terlalu banyak, jadi, ku batalkan niat itu sahaja ya..

Sebenarnya, aku ni seorang yang pro-Melayu. Bukannya apa, kan bahasa itu melambangkan bangsa. No bahasa Melayu, no Malays. Tetapi entah ya, semakin aku meningkat dewasa, kiranya bahasa Melayu itu terasa amat janggal apabila berada di lidahku. Mungkin aku tidak sehebat berbahasa Melayu seperti kusangka. Aku boleh menulis dengan bahasa berbunga, tetapi, apabila bab bertutur dalam bahasa Melayu, terasa lidah ini amat kelu sekali..

Yat, tolong aku...Kau kan Pegawai Bahasa..